Sinopsis Lagenda Budak Hostel

Lagenda Budak Hostel mengisahkan tentang Haikal Putra a.k.a Put dan Ahmad Danial a.k.a Kodan yang merupakan pelajar tingkatan enam dan senior di sebuah hostel sekolah berasrama penuh. Kodan dan Put paling digeruni oleh pelajar-pelajar lain kerana sikap mereka yang suka membuli namun aktiviti nakal mereka tidak pernah dikesan oleh warden asrama iaitu Cikgu Rahim.

Dalam diam, Put dan Kodan menyimpan perasaan terhadap anak Cikgu Rahim bernama Seroja. Setiap hari ada sahaja kerenah yang dilakukan oleh Put dan Kodan untuk mencuri tumpuan Seroja.Namun sikap mereka mula berubah ke arah kebaikan apabila seorang pelajar baru, Jaszle Isaac a.k.a Kicap menasihati mereka supaya menunjukkan kehebatan dengan cara yang betul.